<< Prev Blog
Next Blog >>

KOPERASI CEMERLANG KUYUNGON BERHAD (S-4-1598)

KAMPUNG KUYUNGON, PETI SURAT 192, 89657 TAMBUNAN, SABAH. H/P: 016-8023456 - EN. FRANCIS LABI

Warkah Berita Koperasi

1. Mesyuarat Agung Permulaan

Koperasi Cemerlang Kuyungon Berhad  ditubuhkan melalui Mesyuarat Agung Permulaan pada 10 Oktober 2015 di Balai Raya Kampung Kuyungon Tambunan. Mesyuarat ini disaksikan oleh Pegawai Ehwal Koperasi, Suruhanjaya Koperasi Malaysia Wilayah Keningau iaitu Puan Sumiati Yunus, Cik Petraronella Patrick (Pembantu Ehwal Ekonomi) dan Pn. Anisa Mohd. Rosli (Pembantu Ehwal Koperasi). Turut hadir ialah En. Thadius Kudumpong selaku Pengerusi JKKK Kg. Kuyungon dan Puan Rose Masudang selaku Ketua Kampung, Kampung Kuyungon.

 

2. Idea untuk Penubuhan Koperasi

Mesyuarat Agung Permulaan bersetuju dengan idea untuk penubuhan koperasi dan membuka keahliannya kepada semua penduduk di Sabah. Mesyuarat juga bersetuju dan meluluskan Undang-undang Kecil Koperasi yang menjadi garis panduan tentang bagaimana koperasi boleh menjalankan fungsinya untuk faedah ahli.

 

3. Pendaftaran Koperasi

Pada 13 Oktober 2015, permohonan pendaftaran koperasi secara rasmi dikemukakan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Pada 20 November 2015, koperasi diluluskan penubuhannya dengan nama Koperasi Cemerlang Kuyungon Berhad (KCKB), No. pendaftaran S-4-1598. Ini bermakna KCKB, telah disahkan pendaftarannya dan boleh menjalankan fungsinya seperti yang diluluskan didalam Undang-Undang Kecil.

 

4. Lantikan Ahli Lembaga Pengarah Koperasi

Lima belas (15) orang Ahli Lembaga Pengarah Koperasi dilantik didalam Mesyuarat Agung Permulaan bagi menguruskan perjalanan koperasi adalah seperti berikut:-

  • Aldrin Thadius
  • Candro Patrick
  • Engelbert Thadius
  • Ewil Ginting   
  • Francis Labi
  • Grace Thadius
  • James Gurinki
  • James Patrick
  • Jenny Ginting
  • Manuel Sudot
  • Oswald Francis
  • Peter Sabinus
  • Sopitoh Sabag
  • Theresa Guit   
  • Tracy V. Iking

 

5. Cadangan Aktiviti Koperasi

Mesyuarat Agung Permulaan telah menetapkan bahawa fungsi utama koperasi adalah pengguna. Diantara aktiviti utama yang akan dilaksanakan ialah seperti berikut:-

i. Pasar Raya

ii. Ar-rahnu

iii. Kontrak Pembangunan Daerah

 

6. Akaun Bank

Ahli Lembaga Koperasi Cemerlang Kuyungon Berhad, bersetuju membuka Akaun Semasa  di Alliance Bank Berhad, Cawangan Tambunan.

 

7. Kadar Bayaran oleh Ahli Berdaftar

Dipersetujui seperti terkandung didalam Undang-Undang Kecil tersebut, seseorang ahli Koperasi berkewajiban untuk membayar :-

 

a) Fi masuk RM10.00 ( Bayaran Sekali Sahaja. Tidak dipulangkan )

b) Syer Minima Ahli RM100.00 (boleh ditambah dari semasa ke semasa)

Fi masuk sebagai bayaran perkhidmatan sekali sahaja dibayar untuk seseorang ahli. Fi ini adalah bayaran tanggungjawab setiap ahli dan kutipan itu  dikira sebagi tabungan dan digunakan bagi membiayai tabung jimat cermat kepada ahli  dan aktiviti yang mendatangkan pulangan.

Syer ahli pula dijadikan sebagai tabungan koperasi bagi membiayai aktiviti perniagaan yang mendatangkan pulangan. Setiap ahli akan menerima pulangan melalui keuntungan aktiviti perniagaan.

 

8. Permohonan keahlian

Syarat-syarat keahlian adalah seperti berikut:

a)  Berbudi pekerti yang baik dan telah mencapai umur 18 tahun,

b)  Warganegara Malaysia yang bermastautin/bekerja/mempunyai harta di  Sabah,dan

c)  Mempunyai hubungan yang baik dengan sekurang-kurangnya salah seorang penduduk di Kampung Kuyungon, Tambunan.

 

9. Tempat mengambil dan memulangkan borang

Borang permohonan disediakan dalam dua (2) versi bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Kadazandusun. Borang ini boleh diperolehi melalui Ahli Lembaga Koperasi.

In category General
Tags : Kuyungon, Berita
Comments

Send